salam
Showing posts with label ISU-ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU-ISU SEMASA. Show all posts

Tuesday, 3 August 2010

Pemanasan global jejas kesihatan.

            Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Menurut kajian yang dilakukakn oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), perubahan iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan 150 ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit.

            Jangkitan virus, bakteria dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa. Jika dahulu, penyakit influenza hanya akan menyerang ketika di musim dingin (di negara empat musim) atau di musim hujan ( di Negara iklim tropika), tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi.
            Oleh itu, berwaspadalah dan pelihara kesihatan anda setiap waktu. Berhati-hati dengan penyakit-penyakit akibat bakteria dan kuman. Ikuti beberapa panduan di bawah:

  1. Cirit birit.
Perubahan iklim yang berkaitan dengan pola hujan mempengaruhi penyebaran berbagai mikro organisma penyebar penyakit. Hujan mencemari air dengan cara memindahkan kotoran manusia dan haiwan ke air tanah. Antara organisma yang dikaitkan dengna penyakit cirit-birit adalah Kriptosporodium, Giardia dan E.Coli. Walaupun begitu, penularan penyakit ini bukan hanya disebabkan olah organisma-organisma yang disebutkan sahaja. Ia juga boleh berlaku akibat kontaminasi air dan sebagainya.

  1. Demam Denggi Berdarah dan Malaria
Udara lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari nyamuk, terutama nyamuk jenis Anopheles dan Aedes Aegypti. Nyamuk jenis ini merupakan penyebar parasit malaria dan virus denggi. Jika dulu nyamuk ini kerap muncul ketika transisi musim hujan dan kemarau, tetapi kini serangannya boleh dikatakan berlaku hamper di kesemua musim sepanjang tahun. Suhu lebih panas ternyata memendekkan kitaran hidup nyamuk-nyamuk ini sekaligus mengurangkan tempoh matang kuman yang terdapat di dalam badan nyamuk. Akibatnya, populasi nyamuk tersebut meningkat dan penularannya semakin cepat. Apa yang boleh lakukan untuk mencegah gigitan nyamuk:
·      Tidur dalam kelambu
·      Sapukan krim pencegah gigitan nyamuk.
·     Sembur ruangan kediaman anda dengan semburan nyamuk satu jam sebelum masuk tidur.
Untuk membanteras sarang nyamuk:
·     Bersihkan bekas-bekas yang memudahkan air bertakung
·     Bersihkan semak belukar di sekitar rumah.
·     Pelihara ikan untuk membunuh larva nyamuk.
·    Taburkan ubat khas yang mampu membunuh larva nyamuk di dalam bekas seperti pasu bunga, kolam ikan, kolam air dan sebagainya.
·     Pastikan tiada kain yang bergantungan di rumah.
Apa yang boleh anda lakukan:
  • Biasakan mencuci tangan dan kaki setiap kali anda pulang ke rumah. Ini kerana anda berkemungkinan terkena kotoran atau kuman sepanjang anda berada di luar rumah.
  • Tempatkan alas kaki di pintu depan atau bahagian dapur rumah bagi mencegah penyebaran kotoran atau parasit yang boleh masuk melalui kulit.
  • Elakkan tabiat membeli makanan di tempat yang kotor atau diketahui tahap kebersihan yang rendah.

  1. Kanser kulit.
Gas rumah kaca yang terkumpul di atmosfera bumi menyumbangkan peningkatan pemanasan global dan seterusnya merosakkan lapisan ozon. Jika dalam keadaan normal, atmosfera bumi boleh menahan 95 peratus radiasi ultra lembayung matahari dan hanya lima peratus daripada sinaran tersebut yang masuk ke bumi, tetapi kini lapisan tersebut sudah tidak mampu untuk menahannya, terutama di sekitar kawasan kutub selatan.
            Keadaan ini seterusnya menyebabkan penduduk di kawasan itu terdedah kepada penyakit kanser kulit. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud bahawa kita di sini bebas untuk terdedah di bawah sinaran matahari tanpa sebarang pelindung. Yang boleh kita lakukan:Pastikan anda sapukan krim atau losyen pelindung matahari 20 minit sebelum anda keluar dari rumah. Sebaik-baiknya yang mempunyai SPF 15 atau lebih.Sebaik-baiknya, sapukan juga krim tersebut pada kedua telinga dan kaki anda. Jika anda rasakan anda akan berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh waktu yang panjang, pilihlah losyen yang mempunyai SPF 30 atau lebih. Ia lebih berkesan menahan sinaran matahari yang berbahaya kepada kulit anda.

  1. Penyakit Paru Obstruktif Kronik.
Rata-rata kenaikan suhu udara global ‘hanya’ 0.8o Celcius. Namun di beberapa tempat, suhu udara naik cukup tinggi, termasuklah suhu air laut hingga ada ketikanya membuatkan sesetengah tempat bertekanan rendah. Angin kencnag mudah terbentuk ketika ini. Tiupan angin kencang yang bercampur dengan udara kering boleh membentuk percikan api sehingga akhirnya mengakibatkan kebakaran hutan. Akibatnya, timbul asap tebal yang memenuhi ruangn udara. Debu halus dan pelbagai oksida karbon itu menyebabkan gangguan pernafasan seperti asma dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan penyakit paru obstruktif kronik. Selain itu, asap tersebut juga membawa racun dioksin yang boleh menimbulkan kanser paru-paru dan gangguan kehamilan. Sebaliknya bahan kayu yang terbakar di hutan pula menghasilkan jutaan gas-gas rumah kaca yang akhirnya pemanasan global.

Apa yang boleh anda lakukan:
Jika sudah mengalami penyakit paru obstruktif kronik, elakkan daripada anda mengidap influenza atau pneumonia, yang boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan anda. Sebaiknya lakukan vaksinasi influenza setiap tahun dan vaksinasi pneumokokus setiap enam tahun atau lebih.

Info Sihat (Sumber Majalah Mingguan Wanita, 20 – 26 Julai 2008)Oleh : Khairun Nisa Ishak

Sahabat lama...Meninggal...Berpunca dari ROKOK

Salam semua,

Baru dapat berita sedih sahabat lama yang dah lama tak berjumpa, duduk tak jauh dari rumah di kg  FELDA TUNGGAL KOTA TINGGI JOHOR..

Tahu2 meninggal akibat Kanser paru-paru berpunca dari ROKOK..sebelum tu dapat tahu juga beberapa individu yg dikenali menghidap kanser paru2 tapi belum serius..Bila dikaji dan diselidik punca utama MEROKOK..umur masih muda lagi..sedih tengok anak2 muda tak kira lelaki atau perempuan menghisap rokok.. mmg tak sayang nyawa..

Simptom mmg bukan hari ini kita Rokok esok dah kena kanser, kesannya jangka panjang 10 thn lebih kurang..Umur sahabat ni 34thn...10 thn lepas mmg dah tahu dia merokok...So, teori itu ada betulnya..kempen anti rokok, berhenti merokok dah cukup hebat tapi sendiri cari penyakit nak kata mcm mana.

Peranan kita terus sebarkan maklumat Bahaya MEROKOK...jangan kata APA AKU PEDULI...mmg bukan kita merokok...tapi lihat ahli keluarga kita, saudara mara kita, jiran tetangga..silap2 haribulan kita pun blh dapat juga akibat terhidu asap rokok..

Bulan Ramadhan ni ambil peluang KEMPEN HENTIKAN MEROKOK...pada org keliling kita yang hampir dgn kita paling kurangpun...BAHAYANYA tetap ada bukan pada kita sahaja tapi pada semua org..

Amalan ziarah menziarahi di bulan Syawal nanti pasti bermacam org kita akan berjumpa dan tidak mustahil akan berjumpa PEROKOK2 biasa ataupun yang TEGAR..

Punca kanser paru-paru juga ada disebabkan oleh faktor lain...BACA ARTIKEL DI BAWAH


PUNCA BARAH PARU-PARU

PENYELIDIK dan pakar perubatan menggariskan beberapa punca seseorang boleh menghidap barah paru-paru. Antaranya:




1. Tabiat menghisap rokok

Banyak kajian menunjukkan kaitan langsung antara tabiat merokok dan penghidap barah paru-paru. Malah, kadar kematian di kalangan perokok yang kerap (heavy smoker) 20 kali lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok. Presiden American Health Foundation, Dr Ernest I Wynder, menggariskan seorang yang kuat merokok sekurang-kurangnya menghisap dua kotak rokok sehari dan merokok setiap hari tanpa henti, berisiko melebihi 100 peratus menghidap barah paru-paru.

Kalian juga menunjukkan, orang yang menghidu asap rokok hampir setiap masa, turut berisiko menghidap barah paru-paru. Asap rokok yang mengandungi kira-kira 4,000 bahan sampingan seperti logam, toksid dan gas pencemar, merosakkan rerambut silia yang meliputi rongga udara.

Lapisan silia berfungsi menapis habuk dan zarah halus daripada memasuki rongga peparu. Apabila sistem silia dilumpuhkan, ia tidak mampu menapis debu justeru menyebabkan rongga terdedah kepada kesemua bahan toksid. Ini menyebabkan sel paru-paru membahagi dan membesar tidak sempurna serta menjadi sekelompok sel barah.




2. Pendedahan radiasi dan sesetengah bahan kimia


Ramai kurang peka bahawa pendedahan kepada sinaran radiasi pada sesetengah bahan kimia memungkinkan pelbagai penyakit barah.

Pada 1991,160,000 penduduk benua Amerika mati disebabkan barah paru-paru kesan radon iaitu sejenis gas radioaktif semula jadi. Di dalam badan kita, ada kira-kira 25 juta sel yang membolehkan kita hidup. Justeru, tubuh kita terpaksa menjana sel dengan cepat, kira-kira 2.5 juta sesaat. Sel yang terdedah pantas bergerak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kanser.

Kajian juga menunjukkan pendedahan ke" pada bahan gentian mineral, iaitu asbestos, menyebabkan barah paru-paru. Malah pen" dedahan kepada bahan kimia seperti bisdiloromethymethyl ether (BCME) dan chloro" methy-methyl ether(CMME) menyebabkan penyakit ini.

Kini, penemuan terbaru mendapati ka lah rawatan radioterapi juga menyebabkan ko barah paru-paru.

3. Pencemaran atmosfera


Barah paru-paru didapati lebih kerap terjadi di kalangan penduduk bandar berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai ben~ tuk pencemaran.

4. Makanan mengandungi lemak tepu

Menurut Dr Takeshi Hirayana daripada Institute of Preventive Oncaogy, Jepun, orang yang banyak makan daging yang tinggi kadar lemak tepunya (saturated fats) seperti lemak babi serta kurang makan sayuran hijau, mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit ili.

5. Faktor lain

Faktor lain yang masih dikaji ialah kemung. kinan barah ini disebabkan scar dan fibrosis dalam peparu atau jangkitan batuk kering atau tuberculosis (TB) yang baru sembuh se~ fibrosis lesions.
JELITA, JULAI 1997,