salam

Wednesday 18 August 2010

HARI AL-AQSA 21 OGOS

Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds).

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.

info lanjut layari :

Seloka Ramadhan: Peringatan untuk diri Sendiri

Bulan ramadhan tiba lagi
rahmat dan berkat dlimpahi
amalan fardhu diganda 70 kali
satu amal sunat dikira fardhu sekali

di awal bulan rahmat diberi
di tengah ampunan diperolehi
di akhiran bebas dari siksa api
rugilah mereka yang tidak peduli
siang hari makan dan minum dijauhi
mata, telinga,mulut dan hati dijagai
jangan berbuat dosa sesuka hati
hilanglah pahala sangatlah rugi

banyakkan amal di bulan ini
dakwah, solat berjemaah diterusi
solat terawih di malam hari
quran di baca berkali-kali

satu malam agung dikurniakan
lailatul qadar malam keberkatan
amal di ganda 1000 bulan
carilah ia di sepuluh akhiran

wahai sahabat dan teman semua
marilah kita bersaing sama-sama 
gandakan amal sebanyak mana
sementara kita diberi masa

janganlah leka dengan hari raya 
kuih,baju,kasut,kad dan kereta
itu semua buat sekadar ada
yang penting untuk bekal disana

Seloka Ramadhan


Dah 8 hari Ramadhan menjelang
Bagaimana puasa kita adik abang
adakah hanya tahan lapar dahaga pagi-petang
tapi mata dok tngok aurat orang lalu-lalang
jika inilah cara kita berpuasa adik-abang
habis pahala kita kering kontang
Dah 8 hari Ramadhan menjelang
Mari kita semua cuba bilang
Dah berapa hari tarawikh kita tuang
Dah berapa ramai orang di surau kurang
Macamana nak bilang kalau kita pun dok hilang
Dah 8 hari Ramadhan menjelang
bazar ramadhan penuh dgn orang tiap petang
beli nasi kerabu, nasi ayam, nasi padang
tambah kuih talam, ayaq soya dan ayam panggang
dah nak balik, sambaq mihun sup gerai tepi bendang
tapau tepung bungkus dan pulut panggang
bila bukak puasa, makan sampai perut tegang
akhirnya tak habis, buang dalam longkang 
badan jadi berat, mata jadi buntang
tak boleh nak tarawikh sebab dah terlentang

Dah 8 hari Ramadhan menjelang
Mari kita cuba bilang
Dah berapa juzuk al-quran kita ulang
jangan dok kata duduk baca quran lenguh belakang
bacalah quran, pahala tak terbilang
jiwa jadi tenteram, hati jadi tenang
mari target 30 juzuk sebelum shawal menjelang
Dah 8 hari Ramadhan menjelang
baju raya mesti dah berbilang-bilang
tapi ingat sama saudara kita yang susah pagi petang
yang di gaza, afghanistan, kemboja , acheh  hidup malang 
mengharap simpati yang tak kunjung datang
marilah kita cuba beri peluang
pada mereka yang hidup malang
untuk merasa makanan sedap walaupun tak semewah nasi padang
kita tak pi lunch pabila Ramadhan menjelang
apa kata kita simpan duit lunch dalam balang
bukan sebab nak pulun bila bulan depan datang
tapi nak infaq pada mereka yang badan dah tinggal tulang
agar tersenyum bila azan berkumandang
sebab ada sedikit rezeki yang kita sumbang


Selamat Berpuasa & teruskan merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Maksimumkan ibadah & bergantung harap pada Allah SWT akan rahmat dan keberkatan-Nya.

SELOKA UNTUK DIRI SENDIRI
http://ummisyafiah.blogspot.com

SELOKA RAMADHAN

Sirna senja di mega Shaaban
Menyambut tetamu bulan Ramadhan
Berbuah tangan sejuta tawaran
Belas kasih Tuhan yang Rahman

Setiap amal diganda kurniaan
Setiap huruf berlipat balasan
Syaitan terbelenggu berkurang peranan
Tinggal nafsu menanti latihan

Hajat dan keinginan dikekang ditahan
Seperti haiwan dalam kurungan
Perlu dijinak dengan al-Quran
Bersama zikir hati dan lisan

Bersahur jangan diawal-awalkan
Berbuka pula jangan lewatkan
Beragama jangan melampaui suruhan
Atau dikurang dan ringan-ringankan

Bersedekah bertilawah tadabbur al-Furqan
Hiasan Ramadhan jangan abaikan
Hasut bermusuhan dibalas jangan
“Aku berpuasa” slogan kemenangan

Berjamu selera jimat-jimatkan
Makan sekadar menurut keperluan
Gaza kelaparan jangan dilupakan
Banjir Pakistan jangan disepikan

Qiyam Ramadhan jangan ketinggalan
Solat Fardhu paling diutamakan
Jaga telinga jaga penglihatan
Bersih diri, hati dan keimanan

Andai ini Ramadhan perpisahan
Pulanglah dengan sejuta keampunan
Buat yang terbaik jadikan keazaman
Bersama-sama kita doakan…

Monday 16 August 2010

Didik anak dengan ilmu, bukan ancaman

KANAK-KANAK boleh mengalami tekanan perasaan jika orang tua bersikap terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada anak melebihi kemampuan mereka. Harapan setiap ibu bapa adalah supaya anak menjadi genius, tinggi kemahiran dalam menyerap ilmu, sempurna akhlak dan kuat ibadat. Walaupun didikan yang diterapkan itu keras dan kejam, mereka tidak peduli, asalkan minda anak tumbuh dan berkembang dengan hebat hingga boleh dibanggakan di hadapan sanak saudara dan kawan-kawan. Bukankah membanggakan keturunan itu juga termasuk dalam kategori riak dan sum’ah? Lagi pula cara dan kaedah yang dilakukan dalam mentarbiah itu bertentangan dengan al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.

Jadi, bagaimanakah kaedah yang sesuai untuk membentuk keperibadian anak mengikut acuan Islam?
Seimbang antara memberi khabar gembira dan ancaman.

Pendekatan yang paling sesuai untuk mengajarkan Islam kepada anak adalah dengan kaedah targhib wa tarhib (memberi khabar gembira dan ancaman). Di samping memberi khabar gembira mengenai syurga, harapan mendapat ganjaran pahala dan penjelasan secara mendalam mengenai rahmah dan sifat lemah lembut Allah . Seorang anak juga harus didedahkan khabar yang menakutkan dan ancaman kerasnya seksa Allah bagi menumbuhkan jati diri yang berdisiplin seiring dengan meningkatnya kematangan usia mereka.

Seorang anak yang tidak diperkenalkan dengan sifat Allah Yang Maha Tinggi dan rahmat-Nya tetapi terus diancam dengan seksaan kubur, azab neraka dan ajaran yang berunsur menakutkan, tidak akan berjaya membentuk bingkai pemikiran benar mengenai Islam? Belum mengenal kasih sayang Allah tetapi dipaksa mempercayai bahawa Allah suka menyeksa. Belum mengenal Allah Yang Maha Pengampun tetapi dipaksa meyakini siapa yang berdosa pasti masuk neraka.

Akhirnya anak akan memahami Islam sebagai agama susah, kejam, paksaan dan mengongkong, padahal sistem tarbiah yang diterapkan Rasulullah SAW kepada anak sahabat amat menekankan mengenai sentuhan hati, pujukan dan kelembutan, sesuai dengan fitrah semula jadi kanak-kanak.

Alangkah eloknya kita menelusuri kehidupan anak generasi salaf yang menjadi ikutan dan teladan umat sepanjang zaman. Keagungan sejarah generasi pertama yang dididik oleh baginda ini hendaklah menjadi kamus hidup yang dihafal oleh ibu bapa zaman moden kini, supaya tidaklah dunia yang menyilaukan mata ini juga akan membutakan hati. Akhirnya meranapkan impian membina empayar Islam yang gemilang. Sudahkah anda membaca kisah anak-anak kecil pada zaman turunnya wahyu?

Bolehkah kita bandingkan keelokan budi pekerti mereka dengan anak kita? Bagaimana pula dengan keluasan ilmu dan kekuatan ibadah mereka? Apakah itu semua tidak menggetarkan hati seorang ibu dan bapa seperti kita? Bagaimana mungkin anak Umar al-Khattab, anak Abu Bakar al-Shiddiq, anak al-Zubair al-Awwam hendak disamakan dengan anak kita? Betapa terhirisnya hati apabila memikirkan hakikat kelalaian kita sebagai ibu bapa yang beriman. Inikan hendak mendidik anak, sedangkan diri sendiri masih memerlukan perubahan.

Akhirnya, kita yang kurang iman, ilmu dan amal ini menjadi tidak sabar menghadapi kerenah anak sehingga menimbulkan kesilapan di dalam memahami kaedah tarbiah mengikut al-Quran dan sunnah. Ibu bapa yang mendidik anak dengan cara mengancam, menakutkan, mencederakan emosi anak dengan menengking dan menjerit, memaksakan kehendak tanpa memberi pemahaman ketika menyuruh, bukanlah ibu bapa yang mengamalkan Islam sebagai asas tarbiah.

Tak hairan anak hanya sembahyang jika disuruh dan melalaikannya jika ibu bapa tidak berada di depan mata. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik Abdullah Umar yang masih kecil bagi melakukan sembahyang malam.

Abdullah Umar berkata:
“Ada seorang lelaki apabila bermimpi nescaya dia menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW, maka aku pun berharap melihat suatu mimpi dan menceritakannya kepada Rasulullah SAW. Aku adalah seorang kanak-kanak yang masih kecil, aku pernah tidur di masjid kemudian dalam tidurku aku melihat dua malaikat memegang dan membawaku menuju api, tempat itu melingkari seperti sumur yang mempunyai dua tanduk. Di dalamnya terdapat orang yang aku kenal sehingga aku berkata: Aku berlindung kepada Allah daripada api neraka. Lalu datang kepadaku malaikat yang lain seraya berkata: Janganlah kamu takut. Kemudian aku menceritakan mimpi ini kepada saudaranya Hafsah, isteri Rasulullah SAW dan dia menceritakannya kepada Rasulullah SAW sehingga Baginda SAW bersabda: Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah, jika dia mengerjakan solat malam.” Maka sejak saat itu dia tidak tidur malam kecuali sedikit. - (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW adalah seorang pendidik jiwa terulung. Baginda tidak pernah memaksakan suatu perintah agama tanpa bimbingan, pujukan dan janji serta khabar gembira mengenai ganjaran yang baik. Walaupun Ibnu Umar bermimpi melihat neraka tetapi dia tidak pernah diancam jika tinggal sembahyang malam boleh menyebabkan manusia lalai dan akhirnya masuk neraka. Bahkan Rasulullah SAW memuji dan memberi dorongan bahawa dia akan menjadi pemuda terbaik jika mengamalkan qiamullail.

Rasulullah SAW tidak sama sekali menyebut mengenai neraka dalam sabda baginda itu. Yang ada hanya pujian kepada seorang remaja yang sememangnya hanya bersedia untuk dipuji dan dipujuk, bukan ditakuti dan diancam.
Mendidik dengan mendedahkan ilmu bukan sekadar mengancam.

Ibnu Abbas menjadi teladan yang baik sebagai seorang anak yang gemar mengikuti cara ibadat Rasulullah SAW sehingga beliau sengaja tidur di rumah ibu saudaranya, Maimunah, isteri Rasulullah SAW, supaya dapat bersama Rasulullah SAW melakukan qiamullail. Beliau berkata:
“Nabi mengusap kepalaku dan mendoakanku agar diberi ilmu takwil (kefahaman dalam mentafsir al-Quran)”. - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ibnu Abbas berusia 13 tahun ketika Rasulullah SAW wafat. Maknanya beliau belajar daripada lisan Nabi SAW. Menghafal al-Quran dan hadis di bawah usia itu. Hafalan itu bukan bermatlamat untuk sekadar menghafal dan terkenal bijak tetapi terbukti hafalan itu boleh membentuk iman yang berakar kuat, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang tidak berbelah bagi dan kerinduan berdekatan dengan ilmu. Alangkah jauh berbeza dengan anak kita yang belajar al-Quran untuk khatam saja bukan difahamkan hingga menjunam ke hati. Ramai juga yang menghafal saja tanpa memahami maksud apatah lagi hendak mengamalkannya.

Walaupun kita belum mampu mengajar dengan sempurna seperti Nabi SAW mengajar Ibnu Abbas, tetapi sekurang-kurangnya jelaskan maksud ayat Al-Quran itu dengan bahasa yang boleh difahami seorang anak kecil supaya dia mudah mengenal Allah dan Rasul serta bangga menjadi seorang Muslim. Tentu dengan pendedahan ilmu yang sederhana sesuai dengan kapasitinya sebagai hamba Allah yang kecil. Maka dia akan berasa seronok dan gembira mengamalkan Islam tanpa rasa tertekan dan terpaksa.
Menghormati anak dan mengiktiraf kredibilitinya.

Khalifah Umar Abdul Aziz pernah didatangi utusan dari kalangan ulama di seluruh negeri yang diperintahnya. Pada suatu hari orang Hijaz datang menghadap Khalifah, maka berdirilah seorang anak muda dari kalangan mereka. Khalifah berkata: “Hendaklah yang bercakap adalah orang yang lebih tua darimu.” Anak muda itu menjawab: Semoga Allah memberi kebaikan kepada Amirul Mukminin, sesungguhnya seseorang itu dinilai dengan dua perkara yang kecil iaitu hati dan lisannya. Apabila Allah menganugerahkan seseorang dengan lisan yang fasih dan hati yang bersih, maka dia berhak untuk berbicara sehingga orang yang mendengar mengetahui keutamaannya.

Wahai Amirul Mukminin, kalaulah setiap urusan itu dinilai berdasarkan usia, nescaya pada umat ini ada orang yang lebih berhak duduk di kerusimu ini.” Khalifah berkata: “Engkau benar, berilah aku nasihat!” Anak muda itu berkata: “Semoga Allah menganugerahkan kebaikan kepada Amirul Mukminin, sesungguhnya seseorang di antara manusia terpedaya dengan kemurahan Allah yang diberikan kepadanya sehingga membuat kakinya tergelincir dan terjatuh ke dalam neraka, maka janganlah engkau terpedaya dengan kemurahan Allah yang diberikan kepadamu dan jangan pula terpedaya dengan panjangnya angan-anganmu serta banyaknya pujian manusia kepadamu sehingga kakimu tergelincir bersama dengan suatu kaum. Mudah-mudahan Allah mengumpulkan engkau dengan orang beriman dari umat ini.”

Khalifah bertanya kepada orang-orang yang datang: 
“Berapakah umur anak ini? Seseorang mengatakan: Dia masih berumur sebelas tahun. Dia salah seorang anak al-Husain Radhiyallahu Anhum, kemudian Umar Abdul Aziz memuji dan mendoakannya”. - (Ibnu Abdul Bar; al-Tamhid 23/204, al-Sindi; Al-Hasyiyah 8/10 dan Syarah Al-Zarqani 4/257).

Lihatlah, seorang ketua negara mendengar nasihat anak kecil berumur sebelas tahun. Mengapa pula kita tidak mahu mendengar isi hati anak kita? Pendapat dan idea yang boleh dibincangkan bersama sebagai satu didikan kepada anak supaya mereka berasa dihargai, dihormati dan diperakui sebagai insan yang mempunyai hak untuk diperdengarkan pendapatnya, difahami isi hatinya dan diajak bermusyawarah dalam memilih keputusan. Alangkah ramai ibu bapa yang suka memaksa kehendak mereka yang akhirnya merosakkan masa depan anak.

Melahirkan anak yang baik dan sempurna dalam setiap sisi keperibadiannya amatlah rumit dan mencabar, apatah lagi jika kita tidak cukup bersedia disebabkan kurangnya iman, ilmu dan ibadah. Anak bagai kertas putih. Kitalah yang bertanggungjawab mewarnakan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani atau Muslim hakiki.

Thursday 12 August 2010

NOTA SAYANG ANAK2 PADA UMMI DAN ABI

Ibubapa mana yang tidak gembira menerima secebis nota ringkas pada awal2 ramadhan ini..daripada anak2 tersayang

" Aiman sayang kepada Abi.Aiman suka Abi. Saya suka Umi dan Abi.Saya sayang Umi dan Abi. Saya suka orang yang baik macam Umi dan Abi.Aiman doakan Umi dan Abi baik.Aiman doakan Umi dan Abi berjaya di dunia dan di akhirat"

"Umilah yang baik kepada Aiman.Umi Aiman suka Umi sebab Umi lah mengajar Aiman seorang abang.Umi, Aiman doakan Umi sampai baik."

Daripada AIMAN BIN RAMLEE 7 thn (anak sulung)

" Anas sayang kepada Umi dan Abi.Anas sayang pun sayang Aiman, Anisah dan Siti Syafiah.Anas doakan Umi dan Abi sihat. Umi sayang kepada org yang baik macam Aiman dan Anas dan Anisah dan Siti Syafiah."

Daripada ANAS BIN RAMLEE 6 thn (anak ke 2)

Bila masa mereka berpakat tulis untuk Umi dan Abi dia pun tak tahulah,. Sungguh terharu membacanya...Bila tanya siapa yang ajar? mereka jawab tak ada siapa ajar Aiman dan Anas nak tulis pada Umi dan Abi...Jauh dari sudut hati..anak2 ini memang ikhlas menyatakan apa yang mereka rasa melalui tulisan..Alhamdulillah..teruskan usaha murnimu anak2ku..

Ya Allah kau berikanlah Kebahagiaan dalam keluarga kami di dunia dan di akhirat..Doakan anak2 kami hidup sejahtera, dilimpahkan rahmat berpanjangan, menjadi anak soleh dan solehah yang mendoakan utk kedua org tuanya..Amin

TAZKIRAH RAMADHAN...


Petikan ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna sempena kedatangan Ramadhan Al-Muazzhom


Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik:


Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh...



Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.


Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya ;
“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.

Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini.

Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.
“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya.

Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya,
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)

Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati:
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)
Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.

“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Al-Baqarah: 185)

Kemudian, lihatlah wahai Akhi, kesan dari semua ini.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah; 186)

Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda,
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"



Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.
Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya
.

” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas. Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:

1. Perbaikan Aqidah



Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an.

Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah;
“Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.”
(Al-Baqarah: 21-22)

Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun,
“Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.”
(Al-Mukminun: 84-90)

Allah swt. juga berfirman di surat yang sama;
“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.”
(Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman;
“Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
(Az-Zalzalah: 1-8)

Allah swt. berfirman;
“Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.”
(At-Takatsur: 1-4)
Wahai Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah



Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. 
“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.”
(Al-Baqarah: 43)
“…diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.”
(Al-Baqarah: 183)
“…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
(Nuh: 10)
Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.

3. Pengaturan Akhlak



Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt.

“Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.”
(Asy-Syams: 7-8)
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d:11)
“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Ar-Ra’d: 19-24)

Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras.
“Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).”
(Ar-Ra’d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas “Seperempat Juz Khamr” dalam Al-Quran yang diawali dengan

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi”
(Al-Baqarah: 219),

lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.

Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.

Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

Monday 9 August 2010

Kejut anak bersahur

Pemahaman ibadat puasa di kalangan anak-anak bermula dengan inisiatif ibu bapa masing-masing.

Antara lain, mereka perlu didedahkan dengan cerita yang berkaitan tuntutan agama dan kelebihan amalan itu sendiri sejak mereka mencecah usia tujuh tahun.

"Langkah seterusnya adalah motivasi. Bukan diberikan ganjaran wang agar mereka menghabiskan waktu berpuasa, sebaliknya membimbing waktu sahur dan berbuka mereka dengan pilihan diet yang teratur seiring keperluan tubuh," kata Datin Farah Diba Khan, Ketua Pakar Diet, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Sememangnya, mengejutkan anak-anak supaya bangkit daripada tidur pada awal pagi bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi hendak menyuruh mereka makan pada waktu tersebut.

Walau apa pun caranya untuk membuatkan mereka bergerak dari atas katil ke meja makan, perkara paling utama adalah penyediaan diet yang seimbang.

"Sama seperti apa yang kita inginkan pada waktu berbuka puasa, hidangan sahur juga perlu disertai karbohidrat kompleks dan pilihan protein seperti daging, ayam, ikan atau telur.

"Jika nasi tidak mengundang selera anak-anak untuk bersahur, mungkin ibu bapa boleh menggantikannya dengan spageti atau pasta.

"Itu juga sumber karbohidrat kompleks yang boleh memberi tenaga sepanjang jam-jam berpuasa," ujar beliau yang turut mengesyorkan anak-anak meminum susu atau yogurt.

Sepanjang waktu antara berbuka dengan sahur, kanak-kanak perlu meminum sekurang-kurangnya enam gelas air.

Ini dapat mengelakkan berlakunya masalah nyahhidrat atau pening kepala yang seterusnya memungkinkan puasa mereka terhenti separuh hari.

"Pemberian makanan tambahan seperti multivitamin adalah dibolehkan, tetapi jangan sampai pengambilannya menggantikan makanan harian anak-anak tersebut," jelas Farah yang mencadangkan agar ibu bapa mempelbagaikan jenis hidangan makanan supaya anak-anak lebih bersemangat untuk menjamunya.

Bagaimanapun, makanan yang tinggi kandungan garam seperti telur masin, ikan masin dan beberapa produk dalam tin dinasihatkan agar diambil secara sederhana memandangkan ia boleh membuatkan anak-anak cepat berasa haus.

Menurut pakar diet itu, bangun bersahur mempunyai mesej yang tersendiri. Ia melatih anak-anak untuk menyedari betapa pentingnya bersarapan.

Apabila tiba waktu berbuka, terdapat tanggapan tentang keperluan pengambilan makanan yang manis-manis belaka.

Walaupun masyarakat kita mengaitkan gula sebagai pembekal tenaga segera, bukan bermakna ia perlu diambil secara keterlaluan. Cukuplah dengan kurma dan jus buah.

"Terpulang kepada ibu bapa dan anak-anak itu sendiri sama ada hendak menyambung makan malam selepas sembahyang Maghrib, Isyak dan tarawih.

"Tentang pilihan menu, jangan pula menikmati nasi dan lauk sahaja. Lengkapkan ia dengan hidangan sayur dan buah-buahan," kata Farah.

Menurut beliau, menu lazim sarapan seperti bijirin dengan susu sebenarnya boleh diamalkan untuk waktu bersahur dan juga waktu berbuka. Ia bertindak sebagai alternatif hidangan seperti mana bijirin oat.

Namun bagi hidangan oat yang kaya dengan serat, pengambilan yang banyak boleh mencetuskan masalah angin dan senak perut.

Bertanya tentang kualiti nutrisi makanan di pasar Ramadan, Farah memberitahu, ia boleh didapatkan jika seseorang teliti memilihnya.

Permintaan anak-anak di pasar Ramadan perlu diawasi. Selain mengelakkan pembaziran, ia juga untuk memastikan anak-anak itu mendapat khasiat yang terbaik.

"Terdapat banyak pilihan yang sihat, lazat dan mengenyangkan. Hidangan seperti lontong, rojak dan popia basah antara yang popular kerana kandungan sayur dan buahnya.

"Kita boleh mengesyorkan peniaga-peniaga agar mengasingkan air gula dengan air minuman yang dibungkus," kata beliau yang mengatakan kaedah itu lebih 'adil' bagi mereka yang mementingkan kesihatan.

Ibu bapa selalunya akan menyediakan makanan yang mereka hendak makan, bukan yang dimahukan oleh anak-anak. Mereka mengharapkan apa yang dihidang itu akan dijamah oleh anak-anak. Cara tersebut perlu diperbetulkan.

Keinginan anak-anak juga perlu diambil tahu dan ia mempengaruhi faktor penyediaan di dapur.

Bagi Rosaimi Yusoff, 34, dan Ritzzamoni Rosli, 30, pengalaman mengajar anak-anak mereka yang masih kecil tentang ibadat puasa adalah suatu tanggungjawab.

Dua daripada empat anak mereka iaitu Ros Aqilah Rosli, 8, dan Ros Afiqah Rosli, 7, sudah boleh bertahan lapar dan dahaga hingga tiba waktu berbuka.

"Ini tahun kedua dia (Ros Aqilah) berpuasa. Pada tahun pertama, dia masih cuba menyesuaikan diri. Kadang-kadang puasa 'terhenti' ketika dia terlalu lapar. Hari demi hari dia sudah bermotivasi untuk bertahan lebih lama dan seterusnya berpuasa penuh.

"Lebih-lebih lagi selepas mendapat dorongan persekitaran seperti kawan-kawan sekolah, sepupu, serta adiknya yang mahu cuba berpuasa," kata Ritzzamoni yang turut sibuk menjaga kerenah anak lelakinya, Muhammad Afiq Rosli, 2, dan si bongsu, Ros Aqidah Rosli, 1.

Bagi pasangan yang ditemui di Ampang, Selangor ini, 'kerja' mengambil pesanan sahur pada waktu malam adalah suatu yang biasa.

Selera kedua-dua puteri mereka itu perlu diberi perhatian agar mereka tidak menolak makanan yang dihidangkan ketika sahur.

Selain memasak secara ringkas, sesekali Ritzzamoni akur dengan keinginan anak-anak mereka yang menginginkan makanan segera untuk hidangan sahur.

"Kami tidak menjanjikan ganjaran wang kepada mereka jika dapat menghabiskan puasa. Ini adalah satu perkara yang mereka sendiri memahaminya," ujar Rosaimi.
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID - Kosmo!



Sunday 8 August 2010

Saturday 7 August 2010

Murid Hilang Rasa Hormat pada Guru, Salah Siapa?

Profesion keguruan semakin mencabar.
Bukan hanya cabaran dalam mengajar murid-murid, malah cabaran dalam menguruskan kerja-kerja pengkeranian...
Dan cabaran yang semakin berat dilalui oleh guru ialah, menangani murid-murid...

Buletin Utama TV3 semalam menyiarkan seorang murid telah menumbuk seorang guru...
Sebenarnya, isu guru diserang oleh murid bukanlah isu yang baru.
Sebelum-sebelum ini juga ada isu seperti ini.
Tetapi tidak dihebohkan atau diselesaikan secara dalaman sahaja.

Kejadian murid menumbuk guru atau menyerang guru menunjukkan bahawa murid-murid semakin berani dan tidak menghormati guru.
Kalau dulu, semasa masih bersekolah, hendak menegur cikgu pun ada rasa takut.
Inikan pula mahu berkasar dengan guru.
Zaman sekarang murid-murid sudah semakin tidak menghormati guru.

Apakah puncanya?
Adakah guru yang harus dipersalahkan?
Adakah ibu bapa yang harus bertanggungjawab?
Atau...
Zaman yang semakin maju?

Apa-apa pun sebabnya, tugas guru sememangnya semakin mencabar.
Saya sendiri sebagai  guru juga dapat merasainya.
Semoga saya dan sahabat-sahabat saya yang lain akan menjadi guru yang berdedikasi & memegang amanah yang diberikan dengan cemerlang...
Amin...

Saksikan video tergempar Murid Yang Kurang Ajar:

Friday 6 August 2010

16 kesilapan yang dilakukan oleh ibubapa dalam mendidik anak :

1) Kurang masa bersama anak-anak;
2) Kurang mesra dengan anak-anak;
3) Kurang komunikasi dengan anak-anak;
4) Suka bergaduh depan anak;
5) Hukum anak tapi tak jelaskan kenapa;
6) Mungkir janji dengan anak-anak;
7) Tak tahu bakat anak-anak;
8)Tak tahu prestasi pelajaran anak-anak;
9) Tidak menjadi “role model” kepada anak-anak;
10) Tak ambil berat soal agama;
11) Memberi makanan yang shubhah (meragukan);
12) Tidak mengajar anak adap berjiran;
13) Merungut depan anak-anak;
14) Malas menjawab soalan anak-anak;
15) Tidak mendoakan anak-anak;
16) Menyerahkan proses pendidikan anak-anak kepada sekolah semata-mata.

Resipi penting untuk rumahtangga bahagia adalah:

1) Isteri wajib taat kepada suami (hormat tapi bukan takut)
2) Suami kena bertanggungjawab kepada isterinya
3) Anak-anak mestilah diberikan pendidikan yang sempurna.

Thursday 5 August 2010


Ibu Berkerjaya Mendidik Anak

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At Tahrim: 6 ).
Selama saya melayari internet dan berjumpa rakan-rakan di luar sana, saya mula nampak, ramai sudah sedar tentang kepentingan mendidik anak dari rumah. Ibu bapa yang semestinya kedepan dalam mendidik anak. Namun ada juga yang masih belum sedar dan tidak bertindak untuk mendidik anak.
Saya cukup faham, ada sesetengah ibu bapa yang sibuk di luar dengan kerja yang tidak menentu dan lebih masa. Anak-anak ditinggalkan di rumah bersama pembantu rumah atau neneknya. Hal ini ada penyelesaiannya.
Ibu bapa balik dari tempat kerja dalam keadaan letih. Malam adalah satu-satunya masa untuk bersama anak-anak. Jadi, jadikanlah waktu malam itu waktu emas anda. Waktu emas bersama keluarga. Kadangkala, 2 jam bersama anak lebih bermakna daripada seharian suntuk bersama anak. Ha! bagaimana boleh jadi seperti itu?
Cuba anda bayangkan jika anda adalah suri rumah. Anak bagun tidur jam 9 pagi kemudian mandi dan bermain. Anda sibuk dengan perniagaan dari rumah, kerja-kerja rumah, pergi rumah jiran untuk bersembang, urusan peribadi, dan urusan-urusan bil api dan air, akan tetapi anak anda tidak dihiraukan. Jika anak menangin inginkan perhatian, kene marah sebab anda banyak kerja. Kemudian pergi ke kedai untuk beli keperluan rumah. Anak-anak ditinggalkan di rumah sendirian atau dibawa bersama.
Baiklah, cuba bayangkan keadaan ini pula…
Lepas pulang dari kerja, anda siapkan diri, kemudian anda bersama anak-anak dan suami untuk makan malam. Selepas makan, anda berkumpul di ruang tamu bersama anak-anak untuk bertanya tentang aktiviti seharian mereka. Kemudian anda menasihati anak-anak dan mengajarnya sedikit sebanyak tentang hal-hal akademik. Kemudian anda memberi pesanan terakhir sebelum masuk ke bilik tidur tentang hari esok. Cukuplah masa yang di ambil itu cuma 1-2 jam sahaja.
Saya yakin situasi kedua jauh lebih efektif. Ayuh kita buka minda. Lihat kemampuan dan keterbatasan diri kita dalam mendidik anak. Kemudian susun atur perjalanan hidup dengan memberikan masa yang efektif buat keluarga.
Pesanan saya yang terakhir, ketika anda melangkah keluar dari rumah, bacalah doa keluar rumah:
“Bismillahitawakkaltu ‘alallah”
Kemudian yakinlah bahawa Allah sentiasa menjaga dan memelihara isi rumah anda.
Wallahua’lam…