salam

Thursday 21 October 2010

CARA JEPUN MENDIDIK ANAK


Shicida Methods – Jadikan Anak Anda Pandai
www.iLuvislam.com
BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik
buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia
ialahSHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir
menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif
berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap
untuk mengaktifkan penggunaannya.

Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan
di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding
kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu
mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan
serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa
dalam membesarkan anak-anak.

Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa
seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan
keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap
padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia
budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan
sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang
bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas
hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka
sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan
badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba
pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun
pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna
kad dalam masa
seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja
perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan
tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka
cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan
bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat
atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak
anda main tanah
liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan
sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan
anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis
gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh
anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu
lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda
kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana
mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja
tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan
semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke
cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka
dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula
cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan
mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan
kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka
pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti
memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh
bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian
kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk
mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak
dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak
perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang
benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan
kesunggguhan.

Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap
dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di
antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga
memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa
yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba
ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud
anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan
bising ” .

Wednesday 20 October 2010

SILIBUS TARBIYAH ANAK2

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak

Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.

Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)
1.1 Pendidikan Keimanan kepada Allah
1.2 Pendidikan Jiwa dengan akhlak mulia (Sifat Al-Hikmah, Sifat Al-Iffah, Sifat Asy-Saja’ah, Sifat Al-Adalah)
2. Pendidikan Kerohanian (Pendididikan Ruhaniyyah)
3. Pendidikan Aqal (Pendididikan Aqliah)
4. Pendidikan menanamkan kemerdekaan Jiwa (Pendididikan Nafsiah)
5. Pendidikan Kesihatan Jasmani (Pendididikan Jismiah)
6. Pendidikan Pergaulan (Pendididikan Ijtima’iah)
7. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina (Pendididikan Jinsiah)
8. Pendidikan Kemahiran.

Tambahan & Perincian

Pembinaan Akhlak
Asas pertama               :           Adab (Sopan-santun)
Asas kedua                  :           Jujur
Asas ketiga                   :           Menjaga rahsia
Asas Keemapat            :           Amanah
Asas Kelima                 :           Lapang dada dan tidak dengki

Pembinaan Perasaan
Asas pertama               :           Kucupan dan kasih sayag kepada anak
Asas kedua                  :            Bermain dan bercanda dengan anak
Asas ketiga                   :           Memberi hadiah dan saguhati kepada anak
Asas Keempat              :           Membelai kepala anak
Asas kelima                  :           Menyambut anak dengan baik
Asas keenam                :           Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya
Asas ketujuh                 :           Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan anak yatim
Asas kelapan                :           Seimbang(adil)  dalam memberikan kecintaan kepada anak tanpa berlebihan dan pengabaian.

Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran
Asas pertama               :           Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya kepada anak.
Asas kedua                  :           Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-Quran dan hadith.
Asas Ketiga                  :           Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak
Asas keempat               :           Mengajarkan bahasa arab kepada anak
Asas Kelima                 :           Mengajarkan bahasa asing kepada anak
Asas keenam                :           Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya
Asas Ketujuh                :           Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan keilmuan anak.
Asas kelapan                :           Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil


Pembinaan Dorongan Syahwat
Asas pertama               :           Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa
Asas kedua                  :           Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan memelihara aurat.
Asas ketiga                   :           Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.
Asas Keempat              :           Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur telungkup
Asas Kelima                 :           menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis
Asasa Keenam             :           Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan mandi dan sunah-sunahnya.
Asas Ketujuh                :           Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang mulai dewasa
Asas Kelapan               :           Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan melarang berbuat kekejian (zina).
Asas Kesembilan          :           Pernikahan awal

Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw
Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik
1. Keteladan yang baik
2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan
3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.
4. Memenuhi hak-hak anak
5. Mendoakan anak
6. Membelikan alat permainan untuk anak
7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.
8. Menjauhi banyak mencela.

Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak
  1. Membawakan kisah
  2. Bercakap secara langsung
  3. Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
  4. Perbincangan yang dingin
  5. Kaedah pengalaman praktis
  6. Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.

Mendidik Anak Dengan Cinta

Sumber : http://anakkusayang.com/blog/kisah-keluarga/mendidik-anak-dengan-cinta

“Kenape Abdullah picit dakwat tu? Kan dah tumpah dah.”

“Minta maaf ummi, Abdullah tak sengaja.”

“Ummi nak marah Abdullah boleh? Tadikan ummi dah cakap jangan main dengan dakwat tu.”

“Sekarang ni kemas balik. Abdullah yang tumpahkan, lap balik sampai bersih.”
“Ok, Abdullah lap”
“tak boleh la, ummi, tak boleh la. Abdullah tak pandai, ummi buat lah”
“Kan Abdullah yang tumpah kan tadi?, Abdullah la yang kene lap. Siape yang tumpahkan die kene lap. Mari sini ummi tunjukkan.”

Biasanya ibu bapa lebih mudah memarahi anak dan melarang mereka dari meneroka dunia sekeliling mereka kerana itu lebih mudah buat kedua ibu bapa. Anda bagaimana?

Apakah anda ingin mendidik anak dengan cara yang mudah atau cara yang berkesan?

Orang yang ingin mendidik anak dengan mudah lebih suka anak mereka menjadi anak yang selalu duduk diam sahaja, menurut kata2 kedua ibubapa dengan perasaan takut. Apabila anak melakukan kesilapan, hukum mereka supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu akan menyebabkan mereka dihukum, jadi mereka takkan mengulangi perbuatan itu lagi.

Maka lahirlah anak yang tidak melakukan perbuatan yang dilarang kerana takut akan hukuman dan ancaman dari kedua ibubapa. Diluar dari lingkungan ibubapa mereka pun bermaharaja lela berbuat sesuka hati.
Atau kebarangkalian lain, lahirlah anak yang selalu memberontak kerana mereka belajar bahawa cara untuk menyuruh orang lain melakukan apa mereka inginkan adalah dengan cara memarahi mereka, sama seperti yang dilakukan kepada mereka.

Seorang anak belajar bagaimana bertindak dengan orang sekelilingnya adalah daripada bagaimana orang sekelilingnya memperlakukan dirinya. Seorang anak yang selalu dimarahi akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia juga perlu memarahi orang lain. Seorang anak yang selalu dimanjai akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia tidak perlu berusaha apa-apa. Dan begitulah seterusnya.
Bagaimana mendidik anak agar menjadi matang sebelum usia mereka? Layanlah mereka seperti anda melayan seorang dewasa yang belum mengerti apa-apa.


Bagaimana kita menyinggapi seorang kawan yang menumpahkan dakwat di atas meja kita? Terus memarahi dan mencubit mereka? Apakah logik dari perbuatan itu yang ingin kita tanamkan pada seorang anak?
Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik. Disebabkan itu, pergerakan mereka tak selancar orang dewasa. Air tertumpah, barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya. Kita yang dewasa pun kadang-kala secara tidak sengaja memecahkan barangan rumah, apatahlagi mereka.

Seorang anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Disebabkan perasaan inilah mereka dapat berkembang dengan pesat, belajar dengan pantas dan menuasai ilmu kehidupan. Semua yang berada di sekeliling mereka menimbulkan tanda tanya.

“Ummi, tu ape tu yang hitam tu?”
“Ummi kenape ikan tu duduk dalam air?”
“Abi kenape abi solat?”
Menghalang mereka daripada meneroka alam disekitar mereka bererti menghalang suatu kehendak yang membuak-buak dari dalam jiwa mereka. Untuk lebih mudah difahami lagi, ianya bagaikan menghalang seorang yang lapar dari makan dan seorang yang mengantuk dari tidur.

“Tapi kalau tak halang, habislah bersepah rumah. Berteraburlah semua barangan. Tak larat lah asyik nak kene kemas rumah jer.”

Hmm soal ini, kene bijak lah dalam mengaturkannya. Banyak penyelesaian yang ada, antaranya :

1. Mengajarkan mereka agar bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang telah dia sepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu satu perbuatan yang seolah-olahnya sangat menyeronokkan. Boleh juga memberikan syarat kepada mereka kalau nak main kene kemas balik selepas habis main. Menyediakan satu ruang khusus untuk mereka bermain juga satu kelebihan.

2. Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Maka mereka tak perlu bereksperimen dengan barangan kita yang lain yang lebih berharga. Tapi biasanya anak lebih berminat dengan barangan dia selalu lihat kita gunakan. Ingat mereka sebenarnya ingin belajar dan bereksperimen bukan sekadar bermain. Dia ingin merasai pengalaman membuat semuanya. Dia ingin mengetahui cara melakukan semua perkara.

3. Bermain bersama mereka akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang dia sayangi.
Anak yang dipenuhi kehendak perasaan ingin tahu mereka akan menjadi anak yang cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran, akan sekaligus kurang merosakkan barangan dan kurang menyepahkan. Malah andai mereka diajar bertanggung jawab, mereka akan menjadi pembantu anda yang sangat baik.

Jadi, biarkan mereka bereksperimen. Biar kita susah sebentar, biar kita susah dalam usaha mereka untuk menjadi matang, biar kita susah sekarang, asalkan anak kita lebih cepat menjadi anak yang bijak dan akhirnya dapat menjadi pembantu, bukan lagi penyusah.

Sebab itu pepatah melayu mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak yang dididik secara ambil mudah oleh kedua ibubapa, memanglah masa kecil mereka lebih mudah kita jaga (bukan didik), tetapi apabila sampai waktu besar, sangat menyusahkan kedua ibubapa, selalu memberontak, selalu mengamuk, tidak mendengar kata, bertindak kasar, dan sebagainya. Ataupun kita bersusah payah memerhatikan pelajaran-pelajaran mereka dengan perasaan redho dan cinta, membimbing mereka dengan lemah-lembut dan kasih sayang, agar mereka nantinya juga menjadi seorang yang lemah lembut dan penuh cinta juga, hasil dari pelajaran yang mereka dapatkan dari orang disekeliling mereka.

Tuesday 5 October 2010

AQSSA2GAZA

AQSA2GAZA: Dijangka akn berada di Latakia, Syria hga pagi Khamis, insyaAllah. Now sibuk buat sorting n repacking aids utk masuk Egypt, bila dpt kebenaran. Jordan, Kuwait & Bahrain akn join convoy hari ni dgn 40 vans. Algeria dan Tunisia sdh join smlm dgn 65 kenderaan. Kini 155 kenderaan sarat dgn muatan bersedia di Latakia utk ke Gaza. Teruskan doa kalian.

Friday 1 October 2010

Isu misi Gaza (MAVI MARMARA) : pembaziran dan kejar Glamour?

Isu misi Gaza (MAVI MARMARA) : pembaziran dan kejar Glamour?  Dlm menjawab isu ini tidak timbul soal glamour.. sukarelawan di sambut bagai Wira dan pahlawan yg menyelamat berpuluh nyawa rakyat palestin hakikatnya misi ini tidak berjaya melainkan sukarelawan ditangkap kmdn dibebaskan bkn kehendak mereka utk dipanggil wira.

Kalau ada gambaran Kerajaan Malaysia anggap suarelawan sbg wira dan sekadar memenuhi sidang media itu mgkn persepsi oleh sesetengah pihak.

Kalau sukarelawan pergi dgn  meninggalkan anak dan isteri nak cari glamourlah, lebih baik duduk rumah.Soal memberi bantuan kemanusian itu isunya bkn kepentingan diri..Usaha oleh sukarelawan MAVI MARMARA ini mudah2an menjadi titik permulaan bukan GAZA shj dibebaskan tetapi Masjid Al-Aqsa juga dibebaskan.

Para ulama kata wajib membebaskan masjid Al-Aqsa yg kini dikuasai oleh Yahudi.Soal pembaziran ...Alhamdulillah brg2 mereka walaupun di peringkat awal dirampas Israel, semua brg telahpun sampai ke Gaza.Sama ada badan bukan kerajaan seluruh dunia mengatakan Israel mula menyerang, menyeksa org awam di lautan antarabangsa, itu soal kedua.

Matlamat mrk hendak menghntr brg yg dibelanjan lebih RM800,000 semuanya sampai ke GAZA.Meleset sama sekali anggapan bahawa pemergian itu satu pembaziran.Misi mereka sama ada boleh masuk ke Gaza atau tidak ...itu tidak perlu dibangkitkan.

Kalau kita tidak cuba selagi itu empayar Yahudi lebih besar.kini kita tahu tiap2 bulan 150 rakyat GAZA menghidap kanser akibat terkena "fosforus' dulu.Kalau tidak ada sesiapa membantu mereka hancurlah GAZA, akhirnya tebing barat yg mana di situ terlatknya Masjid AL-Aqsa.

Seterusnya, jangan ada rasa keraguan utk terus memberikan sumbangan anda kepada Aqsa Syarif dan teruskan memberi sokongan dan doa kepada sukarelawan Aqsa2GAZA dan lain2 peserta Viva palestina yg berada di Turki ketika ini.

Ikuti perkembangan terkini misi ini setiap hari jam 10mlm di radio IKIM.fm bersama Dr. Mohd. Zin bin Kandar