Kejut anak bersahur
Pemahaman ibadat puasa di kalangan anak-anak bermula dengan inisiatif ibu bapa masing-masing.
Antara lain, mereka perlu didedahkan dengan cerita yang berkaitan tuntutan agama dan kelebihan amalan itu sendiri sejak mereka mencecah usia tujuh tahun.
"Langkah seterusnya adalah motivasi. Bukan diberikan ganjaran wang agar mereka menghabiskan waktu berpuasa, sebaliknya membimbing waktu sahur dan berbuka mereka dengan pilihan diet yang teratur seiring keperluan tubuh," kata Datin Farah Diba Khan, Ketua Pakar Diet, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Sememangnya, mengejutkan anak-anak supaya bangkit daripada tidur pada awal pagi bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi hendak menyuruh mereka makan pada waktu tersebut.
Walau apa pun caranya untuk membuatkan mereka bergerak dari atas katil ke meja makan, perkara paling utama adalah penyediaan diet yang seimbang.
"Sama seperti apa yang kita inginkan pada waktu berbuka puasa, hidangan sahur juga perlu disertai karbohidrat kompleks dan pilihan protein seperti daging, ayam, ikan atau telur.
"Jika nasi tidak mengundang selera anak-anak untuk bersahur, mungkin ibu bapa boleh menggantikannya dengan spageti atau pasta.
"Itu juga sumber karbohidrat kompleks yang boleh memberi tenaga sepanjang jam-jam berpuasa," ujar beliau yang turut mengesyorkan anak-anak meminum susu atau yogurt.
Sepanjang waktu antara berbuka dengan sahur, kanak-kanak perlu meminum sekurang-kurangnya enam gelas air.
Ini dapat mengelakkan berlakunya masalah nyahhidrat atau pening kepala yang seterusnya memungkinkan puasa mereka terhenti separuh hari.
"Pemberian makanan tambahan seperti multivitamin adalah dibolehkan, tetapi jangan sampai pengambilannya menggantikan makanan harian anak-anak tersebut," jelas Farah yang mencadangkan agar ibu bapa mempelbagaikan jenis hidangan makanan supaya anak-anak lebih bersemangat untuk menjamunya.
Bagaimanapun, makanan yang tinggi kandungan garam seperti telur masin, ikan masin dan beberapa produk dalam tin dinasihatkan agar diambil secara sederhana memandangkan ia boleh membuatkan anak-anak cepat berasa haus.
Menurut pakar diet itu, bangun bersahur mempunyai mesej yang tersendiri. Ia melatih anak-anak untuk menyedari betapa pentingnya bersarapan.
Apabila tiba waktu berbuka, terdapat tanggapan tentang keperluan pengambilan makanan yang manis-manis belaka.
Walaupun masyarakat kita mengaitkan gula sebagai pembekal tenaga segera, bukan bermakna ia perlu diambil secara keterlaluan. Cukuplah dengan kurma dan jus buah.
"Terpulang kepada ibu bapa dan anak-anak itu sendiri sama ada hendak menyambung makan malam selepas sembahyang Maghrib, Isyak dan tarawih.
"Tentang pilihan menu, jangan pula menikmati nasi dan lauk sahaja. Lengkapkan ia dengan hidangan sayur dan buah-buahan," kata Farah.
Menurut beliau, menu lazim sarapan seperti bijirin dengan susu sebenarnya boleh diamalkan untuk waktu bersahur dan juga waktu berbuka. Ia bertindak sebagai alternatif hidangan seperti mana bijirin oat.
Namun bagi hidangan oat yang kaya dengan serat, pengambilan yang banyak boleh mencetuskan masalah angin dan senak perut.
Bertanya tentang kualiti nutrisi makanan di pasar Ramadan, Farah memberitahu, ia boleh didapatkan jika seseorang teliti memilihnya.
Permintaan anak-anak di pasar Ramadan perlu diawasi. Selain mengelakkan pembaziran, ia juga untuk memastikan anak-anak itu mendapat khasiat yang terbaik.
"Terdapat banyak pilihan yang sihat, lazat dan mengenyangkan. Hidangan seperti lontong, rojak dan popia basah antara yang popular kerana kandungan sayur dan buahnya.
"Kita boleh mengesyorkan peniaga-peniaga agar mengasingkan air gula dengan air minuman yang dibungkus," kata beliau yang mengatakan kaedah itu lebih 'adil' bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Ibu bapa selalunya akan menyediakan makanan yang mereka hendak makan, bukan yang dimahukan oleh anak-anak. Mereka mengharapkan apa yang dihidang itu akan dijamah oleh anak-anak. Cara tersebut perlu diperbetulkan.
Keinginan anak-anak juga perlu diambil tahu dan ia mempengaruhi faktor penyediaan di dapur.
Bagi Rosaimi Yusoff, 34, dan Ritzzamoni Rosli, 30, pengalaman mengajar anak-anak mereka yang masih kecil tentang ibadat puasa adalah suatu tanggungjawab.
Dua daripada empat anak mereka iaitu Ros Aqilah Rosli, 8, dan Ros Afiqah Rosli, 7, sudah boleh bertahan lapar dan dahaga hingga tiba waktu berbuka.
"Ini tahun kedua dia (Ros Aqilah) berpuasa. Pada tahun pertama, dia masih cuba menyesuaikan diri. Kadang-kadang puasa 'terhenti' ketika dia terlalu lapar. Hari demi hari dia sudah bermotivasi untuk bertahan lebih lama dan seterusnya berpuasa penuh.
"Lebih-lebih lagi selepas mendapat dorongan persekitaran seperti kawan-kawan sekolah, sepupu, serta adiknya yang mahu cuba berpuasa," kata Ritzzamoni yang turut sibuk menjaga kerenah anak lelakinya, Muhammad Afiq Rosli, 2, dan si bongsu, Ros Aqidah Rosli, 1.
Bagi pasangan yang ditemui di Ampang, Selangor ini, 'kerja' mengambil pesanan sahur pada waktu malam adalah suatu yang biasa.
Selera kedua-dua puteri mereka itu perlu diberi perhatian agar mereka tidak menolak makanan yang dihidangkan ketika sahur.
Selain memasak secara ringkas, sesekali Ritzzamoni akur dengan keinginan anak-anak mereka yang menginginkan makanan segera untuk hidangan sahur.
"Kami tidak menjanjikan ganjaran wang kepada mereka jika dapat menghabiskan puasa. Ini adalah satu perkara yang mereka sendiri memahaminya," ujar Rosaimi.
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID - Kosmo!

No comments:
Post a Comment