Ibu Berkerjaya Mendidik Anak
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At Tahrim: 6 ).
Selama saya melayari internet dan berjumpa rakan-rakan di luar sana, saya mula nampak, ramai sudah sedar tentang kepentingan mendidik anak dari rumah. Ibu bapa yang semestinya kedepan dalam mendidik anak. Namun ada juga yang masih belum sedar dan tidak bertindak untuk mendidik anak.
Saya cukup faham, ada sesetengah ibu bapa yang sibuk di luar dengan kerja yang tidak menentu dan lebih masa. Anak-anak ditinggalkan di rumah bersama pembantu rumah atau neneknya. Hal ini ada penyelesaiannya.
Ibu bapa balik dari tempat kerja dalam keadaan letih. Malam adalah satu-satunya masa untuk bersama anak-anak. Jadi, jadikanlah waktu malam itu waktu emas anda. Waktu emas bersama keluarga. Kadangkala, 2 jam bersama anak lebih bermakna daripada seharian suntuk bersama anak. Ha! bagaimana boleh jadi seperti itu?
Cuba anda bayangkan jika anda adalah suri rumah. Anak bagun tidur jam 9 pagi kemudian mandi dan bermain. Anda sibuk dengan perniagaan dari rumah, kerja-kerja rumah, pergi rumah jiran untuk bersembang, urusan peribadi, dan urusan-urusan bil api dan air, akan tetapi anak anda tidak dihiraukan. Jika anak menangin inginkan perhatian, kene marah sebab anda banyak kerja. Kemudian pergi ke kedai untuk beli keperluan rumah. Anak-anak ditinggalkan di rumah sendirian atau dibawa bersama.
Baiklah, cuba bayangkan keadaan ini pula…
Lepas pulang dari kerja, anda siapkan diri, kemudian anda bersama anak-anak dan suami untuk makan malam. Selepas makan, anda berkumpul di ruang tamu bersama anak-anak untuk bertanya tentang aktiviti seharian mereka. Kemudian anda menasihati anak-anak dan mengajarnya sedikit sebanyak tentang hal-hal akademik. Kemudian anda memberi pesanan terakhir sebelum masuk ke bilik tidur tentang hari esok. Cukuplah masa yang di ambil itu cuma 1-2 jam sahaja.
Saya yakin situasi kedua jauh lebih efektif. Ayuh kita buka minda. Lihat kemampuan dan keterbatasan diri kita dalam mendidik anak. Kemudian susun atur perjalanan hidup dengan memberikan masa yang efektif buat keluarga.
Pesanan saya yang terakhir, ketika anda melangkah keluar dari rumah, bacalah doa keluar rumah:
“Bismillahitawakkaltu ‘alallah”
Kemudian yakinlah bahawa Allah sentiasa menjaga dan memelihara isi rumah anda.
Wallahua’lam…
Wallahua’lam…
No comments:
Post a Comment