salam

Wednesday, 20 October 2010

Mendidik Anak Dengan Cinta

Sumber : http://anakkusayang.com/blog/kisah-keluarga/mendidik-anak-dengan-cinta

“Kenape Abdullah picit dakwat tu? Kan dah tumpah dah.”

“Minta maaf ummi, Abdullah tak sengaja.”

“Ummi nak marah Abdullah boleh? Tadikan ummi dah cakap jangan main dengan dakwat tu.”

“Sekarang ni kemas balik. Abdullah yang tumpahkan, lap balik sampai bersih.”
“Ok, Abdullah lap”
“tak boleh la, ummi, tak boleh la. Abdullah tak pandai, ummi buat lah”
“Kan Abdullah yang tumpah kan tadi?, Abdullah la yang kene lap. Siape yang tumpahkan die kene lap. Mari sini ummi tunjukkan.”

Biasanya ibu bapa lebih mudah memarahi anak dan melarang mereka dari meneroka dunia sekeliling mereka kerana itu lebih mudah buat kedua ibu bapa. Anda bagaimana?

Apakah anda ingin mendidik anak dengan cara yang mudah atau cara yang berkesan?

Orang yang ingin mendidik anak dengan mudah lebih suka anak mereka menjadi anak yang selalu duduk diam sahaja, menurut kata2 kedua ibubapa dengan perasaan takut. Apabila anak melakukan kesilapan, hukum mereka supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu akan menyebabkan mereka dihukum, jadi mereka takkan mengulangi perbuatan itu lagi.

Maka lahirlah anak yang tidak melakukan perbuatan yang dilarang kerana takut akan hukuman dan ancaman dari kedua ibubapa. Diluar dari lingkungan ibubapa mereka pun bermaharaja lela berbuat sesuka hati.
Atau kebarangkalian lain, lahirlah anak yang selalu memberontak kerana mereka belajar bahawa cara untuk menyuruh orang lain melakukan apa mereka inginkan adalah dengan cara memarahi mereka, sama seperti yang dilakukan kepada mereka.

Seorang anak belajar bagaimana bertindak dengan orang sekelilingnya adalah daripada bagaimana orang sekelilingnya memperlakukan dirinya. Seorang anak yang selalu dimarahi akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia juga perlu memarahi orang lain. Seorang anak yang selalu dimanjai akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia tidak perlu berusaha apa-apa. Dan begitulah seterusnya.
Bagaimana mendidik anak agar menjadi matang sebelum usia mereka? Layanlah mereka seperti anda melayan seorang dewasa yang belum mengerti apa-apa.


Bagaimana kita menyinggapi seorang kawan yang menumpahkan dakwat di atas meja kita? Terus memarahi dan mencubit mereka? Apakah logik dari perbuatan itu yang ingin kita tanamkan pada seorang anak?
Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik. Disebabkan itu, pergerakan mereka tak selancar orang dewasa. Air tertumpah, barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya. Kita yang dewasa pun kadang-kala secara tidak sengaja memecahkan barangan rumah, apatahlagi mereka.

Seorang anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Disebabkan perasaan inilah mereka dapat berkembang dengan pesat, belajar dengan pantas dan menuasai ilmu kehidupan. Semua yang berada di sekeliling mereka menimbulkan tanda tanya.

“Ummi, tu ape tu yang hitam tu?”
“Ummi kenape ikan tu duduk dalam air?”
“Abi kenape abi solat?”
Menghalang mereka daripada meneroka alam disekitar mereka bererti menghalang suatu kehendak yang membuak-buak dari dalam jiwa mereka. Untuk lebih mudah difahami lagi, ianya bagaikan menghalang seorang yang lapar dari makan dan seorang yang mengantuk dari tidur.

“Tapi kalau tak halang, habislah bersepah rumah. Berteraburlah semua barangan. Tak larat lah asyik nak kene kemas rumah jer.”

Hmm soal ini, kene bijak lah dalam mengaturkannya. Banyak penyelesaian yang ada, antaranya :

1. Mengajarkan mereka agar bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang telah dia sepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu satu perbuatan yang seolah-olahnya sangat menyeronokkan. Boleh juga memberikan syarat kepada mereka kalau nak main kene kemas balik selepas habis main. Menyediakan satu ruang khusus untuk mereka bermain juga satu kelebihan.

2. Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Maka mereka tak perlu bereksperimen dengan barangan kita yang lain yang lebih berharga. Tapi biasanya anak lebih berminat dengan barangan dia selalu lihat kita gunakan. Ingat mereka sebenarnya ingin belajar dan bereksperimen bukan sekadar bermain. Dia ingin merasai pengalaman membuat semuanya. Dia ingin mengetahui cara melakukan semua perkara.

3. Bermain bersama mereka akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang dia sayangi.
Anak yang dipenuhi kehendak perasaan ingin tahu mereka akan menjadi anak yang cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran, akan sekaligus kurang merosakkan barangan dan kurang menyepahkan. Malah andai mereka diajar bertanggung jawab, mereka akan menjadi pembantu anda yang sangat baik.

Jadi, biarkan mereka bereksperimen. Biar kita susah sebentar, biar kita susah dalam usaha mereka untuk menjadi matang, biar kita susah sekarang, asalkan anak kita lebih cepat menjadi anak yang bijak dan akhirnya dapat menjadi pembantu, bukan lagi penyusah.

Sebab itu pepatah melayu mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak yang dididik secara ambil mudah oleh kedua ibubapa, memanglah masa kecil mereka lebih mudah kita jaga (bukan didik), tetapi apabila sampai waktu besar, sangat menyusahkan kedua ibubapa, selalu memberontak, selalu mengamuk, tidak mendengar kata, bertindak kasar, dan sebagainya. Ataupun kita bersusah payah memerhatikan pelajaran-pelajaran mereka dengan perasaan redho dan cinta, membimbing mereka dengan lemah-lembut dan kasih sayang, agar mereka nantinya juga menjadi seorang yang lemah lembut dan penuh cinta juga, hasil dari pelajaran yang mereka dapatkan dari orang disekeliling mereka.

Tuesday, 5 October 2010

AQSSA2GAZA

AQSA2GAZA: Dijangka akn berada di Latakia, Syria hga pagi Khamis, insyaAllah. Now sibuk buat sorting n repacking aids utk masuk Egypt, bila dpt kebenaran. Jordan, Kuwait & Bahrain akn join convoy hari ni dgn 40 vans. Algeria dan Tunisia sdh join smlm dgn 65 kenderaan. Kini 155 kenderaan sarat dgn muatan bersedia di Latakia utk ke Gaza. Teruskan doa kalian.

Friday, 1 October 2010

Isu misi Gaza (MAVI MARMARA) : pembaziran dan kejar Glamour?

Isu misi Gaza (MAVI MARMARA) : pembaziran dan kejar Glamour?  Dlm menjawab isu ini tidak timbul soal glamour.. sukarelawan di sambut bagai Wira dan pahlawan yg menyelamat berpuluh nyawa rakyat palestin hakikatnya misi ini tidak berjaya melainkan sukarelawan ditangkap kmdn dibebaskan bkn kehendak mereka utk dipanggil wira.

Kalau ada gambaran Kerajaan Malaysia anggap suarelawan sbg wira dan sekadar memenuhi sidang media itu mgkn persepsi oleh sesetengah pihak.

Kalau sukarelawan pergi dgn  meninggalkan anak dan isteri nak cari glamourlah, lebih baik duduk rumah.Soal memberi bantuan kemanusian itu isunya bkn kepentingan diri..Usaha oleh sukarelawan MAVI MARMARA ini mudah2an menjadi titik permulaan bukan GAZA shj dibebaskan tetapi Masjid Al-Aqsa juga dibebaskan.

Para ulama kata wajib membebaskan masjid Al-Aqsa yg kini dikuasai oleh Yahudi.Soal pembaziran ...Alhamdulillah brg2 mereka walaupun di peringkat awal dirampas Israel, semua brg telahpun sampai ke Gaza.Sama ada badan bukan kerajaan seluruh dunia mengatakan Israel mula menyerang, menyeksa org awam di lautan antarabangsa, itu soal kedua.

Matlamat mrk hendak menghntr brg yg dibelanjan lebih RM800,000 semuanya sampai ke GAZA.Meleset sama sekali anggapan bahawa pemergian itu satu pembaziran.Misi mereka sama ada boleh masuk ke Gaza atau tidak ...itu tidak perlu dibangkitkan.

Kalau kita tidak cuba selagi itu empayar Yahudi lebih besar.kini kita tahu tiap2 bulan 150 rakyat GAZA menghidap kanser akibat terkena "fosforus' dulu.Kalau tidak ada sesiapa membantu mereka hancurlah GAZA, akhirnya tebing barat yg mana di situ terlatknya Masjid AL-Aqsa.

Seterusnya, jangan ada rasa keraguan utk terus memberikan sumbangan anda kepada Aqsa Syarif dan teruskan memberi sokongan dan doa kepada sukarelawan Aqsa2GAZA dan lain2 peserta Viva palestina yg berada di Turki ketika ini.

Ikuti perkembangan terkini misi ini setiap hari jam 10mlm di radio IKIM.fm bersama Dr. Mohd. Zin bin Kandar

Thursday, 30 September 2010

AQSA2GAZA: 

Setelah Ankara, Konvoi kini berada di
Kayseri, Turki (A). Setelah berihat dan meraikan sambutan dan kempen
bebaskan Palestin, mereka akan meneruskan perjalanan menuju Latakia,
Syria (B). Di Latakia, beberapa lagi relawan Malaysia akan menyertai
termasuk krew TV3.

Mereka akan meneruskan perjalanan dgn kapal... ke
pelabuhan Al Arish, Mesir (C). Cabaran kian dirasai. Mereka
memerlukan doa ramai org. Teruskan sama2 berkempen. Ajak rakan2 anda
sama2 memberi sokongan moral. Jemput mereka sama2 mengikuti perkembangan
mendebarkan seterusnya.

 

Saturday, 25 September 2010

 BANTULAH SAHABAT YANG DITINDAS DI SELURUH DUNIA ISLAM, JANGAN HANYA MENUNGGU MUKJIZAT

Ketika malam bertukar menjadi pagi,
kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi,
untuk dipraktikkan bukan sekadar teori,
agar Al Quran dibaca lalu difahami,

Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.
1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya. Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermuladaripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.
3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.
4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.
5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.
6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.
7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau cd yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?
8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.
9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.
10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya. Ingat pesan Rasulullah SAW : Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya.(Riwayat al Bukhari, no.5027).

PESANAN PENAJA: SAMPAIKAN NASIHAT INI KEPADA YANG LAIN, JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI KEJAHILAN
(ini bukan artikel berantai)


Saturday, 4 September 2010

Syawal Oh Syawal

Jangan sesekali kehadiran Syawal menambah beban HUTANGmu & jangan pula pembayarannya tertangguh. Hasil Ramadanmu mampu dilihat bermula Syawal, jika pedulimu terhadap hutang yang boleh menggugat akhiratmu diabai, ia tanda iman masih belum diisi sempurna di Ramadan, juga tanda kamu ingin merasai nikmat dunia melebihi nikmat akhiratmu. Perhatikanlah kemampuanmu.